
Selamat Hari Raya
Aidifitri
Maaf Zahir dan Batin
#setulusikhlas

Pusat Pengajian Al-Quran Rahman
Juga dikenali sebagai Tahfiz Ar-Rahman
VISI: Menjadi salah satu pusat pengajian Al-Quran yang mengaplikasikan pembelajaran mempelajari kitab Al-Quran yang lebih moden beserta amalan cara hidup sihat.
MISI: Membentuk golongan muslimin dan muslimat yang berakhlak Al-Quran serta berpengetahuan luas tentang Islam.
Pengumuman
Informasi terkini dan hebahan program yang akan datang !

PENDAFTARAN BARU BAGI PENGAMBILAN/INTAKE JUN 2019 BAGI MUSLIMAH DEWASA DAN PENGAMBILAN SESI JANUARI 2020 UNTUK PELAJAR PELAJAR MUSLIMAH BERUSIA 10 TAHUN KEATAS.
Assalamualaikum semua pencinta ilmu - ilmu ukhrawi.
Kini kita telah berada dibulan syawal yang penuh barakah dan agung di sisi Islam.
Justeru itu ambillah kesempatan keemasan yang tidak mudah untuk diperolehi ini bagi mendapatkan sebesar-besar ganjaran pahala dan keredhaan Allah swt untuk Datuk/Datin, puan Puah, Hajah Hajah mendaftarkan diri dalam usaha mempelajari ilmu-ilmu Allah swt di bulan mulia Syawal* ini.
Dijemput Datuk/Datin/Hajah/puan/cik kaum muslimah bagi mendaftarkan diri anda bersama kami untuk mengikuti program Pengajian Islam dan Pengajian Bahasa Arab anjuran Pusat Pengajian Al Quran Ar Rahman Tumpat.
PENGAJIAN YG DITAWARKAN
📚Pengajian kitab,
📖Pengajian Al-Quran,
📜Pendidikan Bahasa Arab.
Rujuk di laman 'Aktiviti/Program'
📚 Program Pengajian:
- Sepenuh masa
- Ulang Alik.
👉🏻 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN
🖍 Muslimah wanita Sahaja.
🖍 Sihat Tubuh Badan.
🖍 Berumur 25 Tahun ke atas ( lbagi intake 2019 ).
🖍 Berumur 10 Tahun ke atas (bagi intake 2020 ).
🖍 Berminat menuntut ilmu.
🖍 Sedia mematuhi undang-undang pusat pengajian.
Keistimewaan Mengikut Program Pengajian Islam, Pengajian Al-Quran Dan Bahasa Arab bersama kami:
1. Syarat kemasukan sebagai pelajar akan dipermudahkan dan dilonggarkan untuk semua umat Islam tanpa mengira sebarang kelulusan akademik yang tertentu.
2. Pengetahuan asas agama dititikberatkan seperti dapat mendalami teknik membaca Al-Quran, serta mengenali dan memahami Al-Quran.
3. Pertimbangan terhadap pelajar mengenai kos yang minima untuk makan minum di hostel, serta kos pengajian dan pengurusan yang paling rendah dan murah dengan kadar RM350.00 sebulan.
4. Kelas dilaksanakan mengikut jadual yang sistematik termasuk untuk kelas Pengajian Al-Quran, Pendidikan Bahasa Arab (tenaga pengajar dari Syria), dan Pengajian Kitab Agama oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.
5. Bahan rujukan utama pengajian akan disediakan dalam setiap sesi pengajian bersama sebuah naskhah Al-Quran.
6. Keselamatan pelajar dijamin selamat dengan kawalan keselamatan melalui pengawalan CCTV , warden asrama dan pengawal keselamatan yang berpengalaman.
7. Pusat Pengajian Al-Quran Rahman mempunyai keluasan 5.5 ekar merangkumi trek rekreasi, kolam dan sungai di kawasan Tahfiz Ar-Rahman bagi dijadikan tempat riadah para pelajar.
8. Pusat Pengajian Al-Quran Ar-Rahman juga telah berdaftar secara rasmi dengan SSM.
9. Tahfiz Ar-Rahman ini juga berkonsepkan Tanah wakaf serta pembiayaian diuruskan oleh keluarga allahyarham Abdul Rahman dan allahyarhamah Kalsom Hassan.
PENGAMBILAN INTAKE BARU TAHUN 2019 DAN 2020 MASIH LAGI DIBUKA.
Sila hubungi pegawai pegawai dibawah untuk mendapatkan maklumat maklumat dengan lebih lanjut :-
👇🏽👇🏽👇🏽
Datuk Haji Mustafa Ab Rahman.
Pengasas.
0192555115
Cik Nurul Ismail
Pengurus Pentadbiran.
01113111995
Mejar Hjh Aini Bt Hitam (Bersara)
Pengawai Perhubungan Awam.
0102058656
Ruhani Muhammad
Pembantu Pentadbiran
0169566052
bagi pendaftaran segera!
BERKONSEPKAN BERKONGSI ILMU DAN SAMA SAMA UNTUK TERUS MENGEMBANGKAN SYIAR ISLAM.
Jemputlah semua mendaftarkan diri segera melalui penama-penama dibawah.
Daripada
Pengurusan Tahfiz Ar Rahman.




