top of page
WhatsApp Image 2019-04-10 at 14.16.49.jp

Pengenalan

Pusat Pengajian Al-Quran Rahman

Alhamdulillah, Pusat Pengajian Al-Quran Rahman atau Tahfiz Ar-Rahman, mula dibina pada 30 Disember 2017 oleh pengasas, Datuk Haji Mustafa Ab Rahman bersama persepakatan dengan beberapa lembaga penasihat yang dilantik. Tanah seluas 2.5 ekar yang digunakan untuk penubuhan Tahfiz Ar-Rahman adalah merupakan wakaf harta peninggalan dari ayahanda dan ibunda kepada pengasas, iaitu arwahyarham Abdul Rahman bin Ali dan isterinya, arwahyarhamah Kalsom binti Hasan.

​

Tahfiz Ar-Rahman memfokuskan pembelajaran Al-Quran secara bacaan dan hafazan, serta penghayatan kitab suci Al-Quran dengan rujukan beberapa kitab yang lain sebagai sumber pengajian. Tahfiz ini juga menyediakan fasiliti yang lengkap untuk pembelajaran dan aktiviti seharian yang lain. Para pelajar disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang dirangka bagi mengisi masa selain waktu kelas.

​

Konsep utama yang akan dipraktikkan di sini ialah dengan memastikan keadaan yang lebih kondusif dan santai kepada para pelajar supaya menarik minat dan mengekalkan momentum pembelajaran yang lebih berkesan. Contohnya, aktiviti riadah di waktu petang seperti berjalan di sekitar kolam, sungai dan di laluan trek yang disediakan sebagai terapi kesihatan.

Pengenalan: About Us

PENDAFTARAN BARU BAGI PENGAMBILAN/INTAKE JUN 2019 BAGI MUSLIMAH DEWASA  DAN  PENGAMBILAN SESI JANUARI  2020 UNTUK PELAJAR PELAJAR MUSLIMAH BERUSIA 10 TAHUN KEATAS.

​

Pengenalan: Our Philosophy
bottom of page